Lambakan penunggang warga asing, 62 motor disita

415
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menyita 62 buah motosikal di bawah Seksyen 64 (1) APJ 1987 dan dibawa ke balai untuk tindakan memanggil pemilik kenderaan yang berdaftar bagi proses selanjutnya.
 

Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya itu menyasarkan kawasan tumpuan warga asing menunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalulintas misalnya tidak menggunakan helmet dan tidak memiliki lesen memandu di Jalan Hilir Kampung Pandan.
 
Selain itu, mereka juga meletakkan motor secara berselerak sehingga menggangu ruangan jalan di samping menggunakan parkir kereta.
 
Pihak berkuasa menasihatkan pemilik kenderaan yang berdaftar supaya tidak memberi guna pakai kenderaan persendirian kepada individu-individu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah terutamanya warga asing.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here