Berapa harga Perodua Axia E, ini paling murah bermula RM22,000

2860

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Perodua akhirnya memperkenalkan Axia E yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Jadi berapa harga Perodua Axia E, ini jawapannya dan sudah semestinya ia paling murah yang dijual bermula RM22,000 (tanpa insurans) 



Varian ini adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean CAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, Perodua menyasar untuk menjual sehingga 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

“Walaupun kami tidak menentukan siapa pelanggan kami, kami percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang dialu-alukan ole majoriti rakyat Malaysia.

Perodua Axia E sudah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kami percaya varian in akan memenuhi peranan semasanya untuk member peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu,” katanya.

Berapa harga Perodua Axia E: RM22,000 tanpa insurans

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam satu acara hari ini.

 

Sementara itu Zainal Abidin berkata, berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan tempatan, pihaknya mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E. 

“Ini adalah kos yang sama yang perlu dibayar oleh seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli,” katanya.

Perodua Axia E menggunakan enjin 1.0 liter dengan padanan transmisi manual. Ia didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama 5 tahun.

Terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu

  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Granite Grey (warna baharu)

Sejak dilancarkan pada 2014 hingga 31 Mei 2023, Perodua merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.

Berdasarkan harga Perodua Axia yang dilancarkan pada 2014 ia dijual RM24,900, tetapi yang ini dijual RM22,000. Ini bermakna ia lebih murah hampir RM3,000.

Bagi model Perodua Axia E baharu yang diperkenalkan ini, bentuk hadapannya menggunakan rekaan facelift 2017, tetapi bahagian belakang rekaan 2019.

Ruang dalaman, model itu tidak mempunyai sistem audio, karper, cermin pada penghadang silau matahari, penebat bumbung.

Galari Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here