77 saman, 11 kenderaan disita dalam Operasi Khas Warga Asing

805
Sebanyak 77 saman dikeluarkan dan 11 kenderaan disita oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya dalam operasi “Op Khas Saman Warganegara Asing.
 
Dalam operasi yang dijalankan di Jalan Putra malam tadi, sebanyak 33 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu dan 44 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik.
 
Selain itu, 11 buah kenderaan disita di bawah seksyen 64 (1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk proses panggil pemilik yang sah untuk tindakan selanjutnya.
 
Operasi berkenaan dijalankan bagi mengesan dan mengambil tindakan kepada pengguna kenderaan yang ditunggang/dipandu oleh warganegara asing yang kebanyakannya tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan perlindungan insuran.
 
Keadaan ini bukan hanya turut membahayakan diri sendiri tetapi turut membahayakan pengguna jalanraya yang lain.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here