Tular wanita tersepit tangan pada tingkap kereta api

712

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia menunjukkan detik cemas dialami oleh seorang wanita apabila jarinya tersepit pada tingkap sebuah kereta api. 

Video yang dimuat naik kelmarin itu memaparkan wanita tersebut menahan sakit apabila jarinya gagal dilepaskan setelah tersepit di tingkap.



Dua pegawai kereta api komuter (KRL) dilihat cuba membantu wanita. Pengurus Perhubungan Luar dan Penjagaan Imej KAI Commuter, Leza Arlan berkata, kejadian itu berlaku Khamis lalu di dalam sebuah kereta api  dari Duri menuju ke Tangerang.

“Jari manis tangan kiri penumpang yang memakai cincin tersepit di antara pemegang tirai tingkap komuter. 

“Iya kurang lebih 7 minit,” jelasnya yang tidak berkongsi punca kejadian.

Selepas kakitangan berjaya membantu wanita tersebut, perjalanan kereta api diteruskan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here