Lori tangki minyak jatuh gaung, seorang maut

851

Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di KM265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh, Perak, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.



“Operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini,” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here