GR Corolla debut pertama Asean di Thailand, harga setengah juta

468

Baru-baru ini, Toyota GR Corolla melakukan debut pertamanya di peringkat Asean di Thailand pada harga THB 3.95 juta (RM498,533). Bagaimanapun pasaran negara jiran itu hanya membawa masuk sembilan unit GR Corolla

Berikut info ringkas yang perlu anda tahu tentang model berprestasi tersebut:

  • Menggunakan enjin G16E-GTS 1.6 liter 3-silinder menghasilkan output 300hp @ 6,500rpm dan tork 370Nm @ 3,000-5,550 rpm. Model ini lebih berkuasa 27hp berbanding GR Yaris.
  • Kemudian ia dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan (i-MT) bersama tuil penukar jenis short-stroke serta sistem pacuan semua roda GR-Four. 
  • Penghantaran kuasa roda depan ke belakang menggunakan klac multi plat membolehkan pemindahan nisbah kuasa 60:40, 30:70 atau 50:50 menerusi tiga mod pemanduan utama Normal, Sport dan Track.



  • Bahagian kaki pula menggunakan suspensi MacPherson (depan) dan double wishbone (belakang) yang kemudian dilengkapkan dengan spring, peredam dan bar anti oleng yang ditala.

  • Bagi menghentikan jentera berkuasa ini, Toyota memilih brek cakera dengan kaliper empat piston (depan) dan dua piston (belakang).

  • GR Corolla dibangunkan dengan penampilan agresif menerusi gril bawah dengan bentuk empat tepat yang sama besar dan saluran udara di kiri dan kanan bampar dan lampu kabus.

  • Gerbang roda gaya rali meningkatkan lebar kereta 20mm di depan dan 30mm di belakang yang dilengkapkan dengan rim aloi hitam kusam multi jejari 18-inci.

  • Pasaran Thailand menerima bonet depan berliang dan juga bumbung gentian karbon. Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ice Cap White dan Precious Black.
  • Tawaran kabin Black Smoke adalah standard, pelanggan yang memilih warna kabin Ignition Red perlu menambah THB10,000 (RM1,268).
  • Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya lampu depan LED automatik, skrin infotainmen 7-inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, paparan instrumen digital 12.3-inci, pengecas telefon pintar tanpa wayar, tujuh-beg udara dan Toyota Safety Sense 3.0.
GALERI

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here