Toyota GR Corolla bakal tiba, pencabar VW Golf dan Civic Type-R?

2606

Toyota GR Yaris merupakan antara hot hatch kecil-kecil cili api yang paling berkuasa dalam segmennya, tetapi mereka yang mencari kereta lebih besar bolehlah menunggu GR Corolla.

Seperti anda mungkin tahu, Corolla hatchback ditawarkan di Jepun dan Eropah, dan Auto Express melaporkan bahawa versi GR itu akan tiba di UK pada 2023 nanti. Ia juga akan menggunakan enjin yang sama dengan GR Yaris.



Ini bermakna Toyota GR Corolla akan bersaing dengan model seperti VW Golf GTi, Honda Civic Type-R, Ford Focus ST dan Hyundai i30 N.

Toshio Kanei, naib ketua pereka Toyota pada tahun lepas berkata, hot hatch itu sedang dibangunkan tetapi masih dalam peringkat perancangan. Dia juga mengesahkan syarikat itu tidak akan menggunakan powertrain hibrid untuk model berkenaan.

Jika dakwaan ini benar, mungkinkah kita juga akan mendapat model ini? UMW Toyota kini mempunyai rangkaian bilik pameran GR (Gazoo Racing) dan buat masa ini, satu-satunya produk kereta ialah Supra. Pasti akan ada model lain lagi, bukan?

Walaupun Yaris di beberapa benua berbeza, Corolla bagaimanapun sama di seluruh dunia, dan dibina menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture).

Enjin pada GR Yaris ialah unit 3-silinder turbo dengan kapasiti 1.6-liter, menghasilkan 257hp dan 360Nm tork di Eropah. Model pasaran Jepun pula mendapat 268hp.

Ia mendapat transmisi manual 6-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda yang sofistikated dengan LSD Torsen di kedua-dua gandar.

Hot hatch itu mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam 5.5 saat dengan kelajuan maksima dihadkan kepada 230km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here