Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun – Anthony Loke

Terkini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan dua insiatif pembaharuan LMM yang dilaksana oleh pihaknya. Pembaharuan Lesen Memandu untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa.

Peluang berkenaan bermula 8 Mei ini boleh dibuat di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.
 
Kepada mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekaligus, akan dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja.Ini bermaksud diskaun 10 peratus diberikan oleh JPJ.
 
Seperti yang diketahui bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jika memperbaharui untuk 10 tahun sekaligus,bayaran yang akan dikenakan adalah RM270 dan menjimatkan RM30.
 
Orang ramai yang berminat hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun.
 
Orang ramai dibenarkan memperbaharui LMM antara 1-10 tahun mengikut pilihan masing-masing dan tertakluk kepada had maksima 10 tahun.
 
Hanya  pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistiewaan percuma untuk tahun ke-10. Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja. 
 
Inisiatif ini tidak terpakai untuk warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad My KAS yang mana terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit.
 
Anthony Loke juga memaklumkam inisiatif kedua iaitu kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh.
 
Pembaharuan ini diambil kira berpunca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang Pandemik Covid 19 serta kekangan yang dihadapi oleh rakyaat Malaysia.
 
Khususnya bagi mereka yang bekerja di luar negara tidak berpeluang atau berkesempatan memperbaharui LLM masing-masing.
 
Menurutnya lagi Kementerian Pengangkutan akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LLM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.
 
Kebenaran khas berkenaan hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja. Tempoh kebenaran khas ini akan tamat tempoh sehingga 31 Disember 2023.