Utama Berita Automotif Pandu tanpa dokumen sah, JPJ sita VW Passat

Pandu tanpa dokumen sah, JPJ sita VW Passat

14

Tindakan berani lelaki warga asing kulit hitam memandu Volkswagen Passat tanpa lesen memandu yang sah akhirnya memakan diri apabila disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, pada Rabu.

Ops Pewa yang dijalankan di Jalan Lingkaran Putra Prima itu mendapati pemandu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah. 

“Kesalahan yang dikesan adalah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans kenderaan yang sah di atas jalan raya.

“Berikutan kegagalan mematuhi undang-undang jalan raya, Volkswagen Passat itu telah diambil tindakan sita serta-merta dan dibawa ke Storan Simpanan Kenderaan (SPK) Banting untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan.

JPJ Negeri Selangor menegaskan akan sentiasa memberi perhatian serius dan menjalankan pemantauan berterusan ke atas semua aduan awam bagi memastikan setiap kenderaan di atas jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan umum.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan lalu lintas diminta menyalurkannya terus ke emel rasmi aduantrafik@jpj.gov.my atau menerusi platform aplikasi e-aduan beserta butiran lengkap pengadu dan aduan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here