“Bukan kami punca bateri Volvo terbakar,” Pengerusi Sunwoda

6

Pengerusi Sunwoda Electronic Co, Wang Wei secara rasmi menjawab laporan yang tular mengenai kempen panggil balik global Volvo EX30 akibat kebimbangan keselamatan bateri.

Beliau menyatakan bahawa khabar angin dalam talian yang mengaitkan syarikatnya secara langsung dengan bateri yang rosak tersebut adalah tidak tepat.

Dalam satu temu bual bersama Jiupai News pada Rabu, Wang menjelaskan pek bateri yang terlibat tidak dibekalkan secara terus oleh Sunwoda.

“Pek bateri tersebut sebenarnya disediakan oleh kilang-kilang di bawah sistem dalaman Volvo sendiri,” jelasnya. 

Tambah beliau, walaupun sel bateri tersebut dikilangkan oleh syarikat kerjasama antara Geely dan Sunwoda (Shandong Geely Sunwoda Co. Ltd.) tetapi syarikatnya hanya memegang 30 peratus kepentingan minoriti dalam usaha sama tersebut.

Pegawai Sunwoda turut mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa transaksi melibatkan bateri EX30 yang dipanggil balik itu tidak berkaitan dengan Sunwoda Power.

Mereka menjelaskan bahawa walaupun syarikat usaha sama itu menghasilkan sel bateri, ia dibekalkan kepada penyedia sistem bateri Volvo yang kemudian dipasang bagi menjadi pek bateri untuk dijual kepada Volvo.

Satu sumber yang rapat dengan Sunwoda mendedahkan kepada wartawan Jiupai News bahawa dalam kes tersebut, komponen seperti reka bentuk pek bateri, sistem pengurusan bateri (BMS), pengurusan haba, dan komponen struktur semuanya direka dan dikilangkan oleh anak syarikat Geely, Viridi E-Mobility Technology (Ningbo) Co.Ltd. (VREMT).

Baru-baru ini, anak syarikat Geely memfailkan saman terhadap Sunwoda dengan menuntut ganti rugi sebanyak CNY 2.31 bilion (RM1.4 bilion) atas dakwaan kecacatan kualiti pada sel bateri yang dibekalkan antara Jun 2021 hingga Disember 2023.

Ia susulan kempen panggil balik 33,777 unit EX30 di seluruh dunia, termasuk 10,440 unit di pasaran United Kingdom, selepas laporan menunjukkan kira-kira 0.02 peratus sel bateri mengalami pemanasan melampau.

ARTIKEL BERKAITAN

Isu bateri : Volvo panggil balik EX30 secara global

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here