Utama Berita Automotif Perodua anggar jualan cecah 820,000 unit pada 2025

Perodua anggar jualan cecah 820,000 unit pada 2025

6

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025, mengatasi 816,747 unit yang diumumkan tahun lalu sekaligus memberi petunjuk bahawa permintaan untuk kenderaan kekal sihat didorong oleh minat pembeli yang mementingkan nilai produk.

Bagi tahun 2025, Perodua mengeluarkan 370,370 unit kenderaan, naik 0.6 peratus daripada 368,100 kenderaan pada 2024. Manakala jualan pula meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 359,904 unit berbanding 358,102 unit yang didaftarkan pada 2024.

“Berdasarkan jangkaan dalaman kami, pegangan pasaran Perodua kini adalah sebanyak 43.9 peratus.

“Di samping itu, jumlah pengeluaran sebanyak 370,370 unit dan rekod pendaftaran 359,904 unit menunjukkan kami telah berjaya mengatasi rekod yang dicapai pada tahun 2024,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Untuk prestasi mengikut model, Perodua Bezza mengekalkan kedudukan teratas dengan 100,488 unit jualan pada 2025, tahun kedua model kenderaan itu mencatat jualan melebihi 100,000 unit diikuti Axia (84,291 unit) dan Myvi (72,724 unit).

Produk berkenaan kekal merekodkan tiga model jualan tertinggi dalam negara dan Perodua berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong usaha syarikat dalam menawarkan kenderaan dengan nilai terbaik. 

“Untuk model QV-E dan Traz yang baru dilancarkan, impak terhadap jumlah jualan hanya akan diketahui pada tahun ini.

“Dengan adanya sokongan kuat daripada rakyat Malaysia, keseluruhan ekosistem automotif di negara ini akan mendapat manfaat yang besar menerusi pembelian komponen bernilai RM11 bilion daripada vendor tempatan dan dalam masa yang sama memperkasakan usahawan tempatan seperti pengedar bertauliah dan stokis Perodua,” katanya.

 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here