#TahukahAnda: Honda jual 500 juta motosikal sejak 1949

39

Honda memulakan produksi motosikal sejak tahun 1949, dan dalam tempoh 76 tahun pengeluar itu berjaya menghasilkan sebanyak 500 juta unit motosikal.

Secara purata, Honda menjual sebanyak 6,578,947 motosikal setiap tahun selepas perang dunia kedua berakhir!

Menurut Honda, syarikat tersebut mengambil masa yang agak lama untuk mencapai angka produksi yang ke-100 juta pada tahun 1997.

10 tahun selepas itu, baharulah angka produksi motosikal Honda mencecah 200 juta unit, diikuti 300 juta pada tahun 2014, 400 juta pada tahun 2019 dan 500 juta pada tahun ini.

“Bagi Honda, perniagaan motosikal merupakan perniagaan pengasas kami, dan akan kekal menjadi teras utama perniagaan syarikat,” jelas Toshihiro Mibe, Presiden dan CEO Honda Motor Co.

“Dalam perniagaan motosikal, kami telah membina kepercayaan pelanggan kami menerusi pelbagai produk dan perkhidmatan, yang membenarkan kami untuk mencapai angka produksi keseluruhan sebanyak 500 juta unit.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan pemegang taruh yang terlibat di dalam pencapaian ini, dari unit pembangunan kepada produksi, jualan dan khidmat selepas jualan,” tambahnya lagi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here