#MAS2025 : BSH rasmi lancar Honda Gold Wing Tour, harga RM222,888

19

Boon Siew Honda rasmi melancarkan Honda Gold Wing Tour sempena ulang tahun ke-50 produk berkenaan.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai motosikal ‘naked’ 1000cc, Gold Wing Tour telah berevolusi sepanjang tahun, menetapkan standard perjalanan dua roda dan mencapai status legenda dalam kalangan penunggang seluruh dunia.

Tahun ini jentera itu meraikan ulang tahun ke-50nya, sebagai penghormatan kepada jutaan kilometer yang telah dilalui oleh peminat Gold Wing. 

Gold Wing Tour (2025) dijana oleh enjin 1,833cc SOHC yang menghasilkan kuasa 93kW @ 5,500rpm dan tork 170Nm @ 4,500rpm bersama transmisi Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan.

Ciri peralatan yang ditawarkan :

  • Sistem beg udara bersepadu untuk keyakinan tunggangan tambahan.
  • Sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto telefon pintar ke skrin TFT berwarna penuh 7-inci.
  • Fungsi interkom Bluetooth yang dinaik taraf membolehkan perkongsian audio dan komunikasi lancar walaupun hanya satu set kepala dipasangkan. Naik taraf ini juga merangkumi ciri “Ducking” baharu yang menurunkan muzik latar secara automatik semasa perbualan.
  • Kemas kini sistem audio yang menampilkan pembesar suara 55-watt dengan tetapan equalizer yang dioptimumkan dan pelarasan kelantangan automatik.
  • Cermin penghadang angin boleh laras secara elektrik.
  • Gold Wing Tour menawarkan kapasiti storan 121 liter, termasuk kotak atas belakang dan beg sisi (pannier). Dengan kunci pintar, ruangan bagasi boleh diakses hanya dengan menekan butang.
  • Semua pencahayaan adalah LED, termasuk lampu kabus LED berkembar. Lampu hadapan menampilkan gaya ‘Jewel-Eye’ untuk lampu rendah.
  • Lampu isyarat hadapan yang disepadukan ke dalam cermin sisi mempunyai fungsi ‘smart auto-cancel’ berdasarkan kelajuan roda.
  • Dua port USB Type-C menyediakan pengecasan telefon pintar yang pantas.
  • Sistem Brek Dwi Gabungan (D-CBS) menyeimbangkan daya brek antara roda hadapan dan belakang, dibantu oleh ABS dan brek ECU.
  • Throttle By Wire (TBW) menyokong empat mod tunggangan berbeza: TOUR, SPORT, ECON, dan RAIN.
  • Ciri keselamatan lain ditawarkan termasuklah Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Idling Stop (ISS) dan Bantuan Hidup Bukit (HSA). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here