Masalah beg udara Takata : Audi Malaysia gesa pemilik jalani pemeriksaan

93

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) menggesa pemilik Audi yang terkesan dalam kempen panggil balik beg udara Takata segera memeriksa kenderaan mereka. 

Kempen panggil balik itu melibatkan 2,297 kenderaan namun hanya 25 peratus atau 569 pemilik yang melakukan penukaran.

Ia melibatkan masalah beg udara Takata bahagian pemandu dan penumpang depan merangkumi model :



  • Audi Q5, A5 Cabriolet dan A5 Sportback keluaran antara tahun 2009 dan 2012
  • Audi TT dan R8 keluaran 2014 hingga 2017
  • Audi A4, A4 Cabriolet dan A6 keluaran antara tahun 2005 dan 2011.

Menurut maklumat yang disediakan oleh pengeluar Takata, generator gas pada beg udara depan Takata yang terjejas berisiko pecah apabila beg udara diaktifkan ketika kemalangan jika bahan dorong di dalamnya menunjukkan tanda-tanda dimakan usia berikutan kesan keadaan sekeliling yang ekstrem.

Akibatnya, serpihan-serpihan besi daripada gas generator boleh masuk ke dalam kabin dan mendatangkan kecederaan parah kepada penumpang.

Justeru itu, pemilik dinasihatkan supaya memeriksa dan menggantikan beg udara itu secepat mungkin di pusat servis Audi bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi pada standard keselamatan terbaik.

Dalam kempen panggil balik tersebut proses penggantian akan dilakukan secara percuma dan sebagai tanda penghargaan para pemilik akan menerima pemeriksaan 20 poin secara percuma.

Untuk mengenalpasti kenderaan terlibat boleh layari laman web rasmi Audi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here