Masalah bawah kerangka : EMOS panggil balik Modenas Ninja ZX-25R

417

EMOS memanggil balik Modenas Ninja ZX-25R susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.

Kempen panggil balik itu melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang disarankan kepada semua pengedar Kawasaki seluruh dunia.



Proses pengubahsuaian dijangka mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dan boleh dilakukan di semua pengedar eksklusif kawasaki (A dealer) seluruh Malaysia.

Pemilik Ninja ZX-25R diminta menghubungi wakil jualan Kawasaki berhampiran untuk tempahan slot dan proses pembaikan ditanggung sepenuh oleh Modenas dan EMOS Kawasaki.

Sementara itu, berdasarkan kempen panggil balik yang dikeluarkan Kawasaki Jepun pada 26 Januari lalu melibatkan model Ninja ZX-25R, Ninja ZX-25R SE, Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR. 

Kempen itu melibatkan isu kedudukan lubang saliran dalam rangka yang tidak betul sehingga menyukarkan air yang masuk untuk mengalir keluar ketika menunggang dalam hujan atau mencuci motosikal.

Air akan kekal di dalam rangka untuk jangka masa yang lama dan berisiko cat menggelupas akibat karat di sekeliling lubang saliran. Susulan itu, Kawasaki Jepun akan menambah lubang saliran di bahagian bawah kiri dan kanan casis. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here