Masalah CCU : HLYM panggil balik Yamaha NVX dan R15M

778

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memanggil balik Yamaha NVX dan R15M bagi program penggantian alat ganti.

Kedua-dua model yang terkesan merupakan keluaran 2021, 2022 dan 2023. Kempen panggil balik itu melibatkan penggantian dan naiktaraf Unit Kawalan Komunikasi (CCU) assembly.



Yamaha NVX yang terkesan melibatkan nombor casis PMYSG7410L0000011-P0039700 dan PMYSG7420L0000011-P0026367.

Manakala R15M merangkumi nombor rangka PMYRG7910N0000011-N0002990, PMYRG7910P0002991-P0005190 dan PMYRG7910P0004991.

Perangkat CCU menjadi ‘otak’ bagi motosikal dalam memberikan pelbagai maklumat. Ini berkaitan data tunggangan dan keadaan motosikal ke telefon bimbit pengguna melalui ketersambungan bluetooth.

Tidak dimaklumkan jumlah unit yang terlibat dalam program berkenaan namun HLYM menyatakan tidak akan menghantar surat kepada pelanggan yang terjejas.

Disarankan pemilik kedua model tersebut mengunjungi wakil jualan bagi maklumat lanjut. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here