Masalah pam minyak : BSH panggil balik Honda CBR600RR

498

Boon Siew Honda (BSH) memanggil balik Honda CBR600RR susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.

Informasi tersebut dikongsi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkaitan senarai kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.



Sebanyak 15 unit Honda CBR600RR keluaran 21 Disember 2020 hingga 1 Mac 2020 yang terlibat.

Pihak pengeluar mengesan kegagalan pam minyak yang mungkin akan menyebabkan penghantaran minyak ke enjin tersekat.

Sebagai langkah keselamatan, BSH akan menggantikan komponen tersebut bagi model yang terjejas kerana pengatur bahan api tidak dapat melegakan binaan tekanan berlebihan yang menyebabkan sekatan bekalan minyak ke enjin. 

BSH akan memastikan semua unit yang terlibat dalam kempen panggil balik tersebut akan diperiksa dengan teliti dan bahagian yang terjejas akan diganti sewajarnya sekiranya perlu.

Unit casis yang terlibat: 

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here