Lewat seminit, pemandu bas tinggalkan penumpang

413

Pemandu bas sebuah syarikat swasta dipercayai meninggalkan penumpang yang didakwa lewat satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan.

Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baru sahaja bergerak meninggalkan terminal. 

@_dauff.azmi

Penumpang bas ditinggalkan lewat satu minit SHAH ALAM – Seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan. Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baharu sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan. Menurut seorang pengguna yang memuat naik video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan menuju ke Melaka. “Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak peduli. “Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti,” katanya. Hantaran video berkenaan mendapat reaksi orang ramai yang kurang berpuas hati dengan sikap pemandu bas tersebut kerana disifatkan seolah-olah tidak bertimbang rasa. Selain itu, terdapat juga pengguna TikTok yang turut berkongsi pengalaman sama ditinggal dan dimarahi oleh pemandu syarikat sama. Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna berpendapat kemungkinan pemandu bas itu marah kerana sudah lama menunggu penumpang. “Teruknya, langsung tidak beri peluang kepada penumpang, mungkin ada sebab dia terlewat satu minit,” kata Apang. “Serik naik bas itu, saya cakap baik-baik, namun dimarahnya semula. Sakit hati,” kata Pakk Derr. Artikel: Sinar Video: harisadliabdhamid #fyp #dauffazmi #aanafaziz

♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂



Bagaimanapun, bas tersebut terus bergerak tidak mengendahkan pemuda berkenaan. Dipercayai kejadian berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)  menuju ke Melaka.

“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak peduli.

“Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi pengguna dan antara netizen berkongsi pengalaman yang pernah dilalui.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here