Ketua Polis Johor : Bukan beri wang tapi kotak minuman

2996

Polis Johor menegaskan tiada sebarang pemberian wang kepada dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) seperti video yang tular di aplikasi TikTok dalam kejadian di sebuah kawasan perindustrian di Kulai pada 3 September.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati anggota tersebut menerima kotak minuman yang diberikan dua lelaki tempatan yang juga pemilik kilang.

Katanya, ketika kejadian anggota itu sedang membuat rondaan sebelum berhenti di depan sebuah kilang kerana terdapat orang ramai berkumpul bagi perayaan ‘Hantu Lapar’ yang diraikan masyarakat Cina.



“Polis sudah buka kertas siasatan selepas laporan polis dibuat oleh dua anggota MPV dan lelaki di dalam video yang juga pemilik kilang tersebut pada Rabu.

“MPV berhenti di hadapan kilang itu kerana ada orang ramai dan tanya jika ada sebarang masalah. Tindakan anggota itu tidak keluar dari MPV turut dipersoalkan dan menimbulkan persoalan apabila pemilik kilang keluar dan memberikan sesuatu.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati ia kotak minuman dan bukannya wang yang diberi,” katanya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 38 saat memaparkan dua lelaki yang membelakangi rakaman video, memberikan sesuatu kepada anggota polis MPV, pada Rabu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here