[Video] Bugatti vs Tesla, keputusan lumba drag ini bakal buat anda terkejut

344

Tesla dan Bugatti didatangkan dengan output dan kelajuan yang tinggi. Bezanya hypercar asal Perancis itu menggunakan ICE manakala jenama Amerika pula versi elektrik.

Sekiranya kedua-dua model itu bersaing dalam lumba drag, model manakah bakal menjadi pemenang?. Terang lagi bersuluh, tentunya Bugatti yang akan mendahului.



Namun, anda pasti terkejut dengan keputusan lumba drag yang dijalankan oleh akaun Youtube CarWow. 

Video 14 minit 42 saat itu menggunakan Tesla paling sporty iaitu Model S dengan Pakej Track lalu bersaing dengan Bugatti Chiron Super Sport. 

Sebelum itu, jom kita lihat dulu output yang dihasilkan setiap model. Tesla Model S Plaid menawarkan 1,020hp daripada dua motor.

Chiron Super Sport 300+ pula menggunakan enjin W16 8.0 liter empat pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 1,578hp. Jentera ini memegang gelaran kereta pengeluaran terpantas di dunia, dengan kelajuan maksimum 490kmj. 

Dalam ujian pertama, perlumbaan drag suku kilometer menunjukkan Tesla mendahului agak lama hasil sumbangan tork pantas.

Tetapi apabila Tesla mula melaju, Bugatti baru sahaja bermula. Chiron memecut melepasi Tesla dengan kemenangan tipis yang mana kedua-duanya tamat pada 9.6 saat.

Begitu juga perlumbaan setengah kilometer bermula pada 80kmj. Tesla memulakan perlumbaan dengan cepat tetapi pada kelajuan tinggi ia bukan tandingan bagi Bugatti, yang meluncur dari 193kmj kepada 338kmj dengan mudah.

Seperti dijangkakan, Bugatti muncul juara dengan jurang keputusan yang kecil. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here