Tesla naikkan harga Model S Long Range sebanyak dua kali pada laman web

1778

Harga Tesla Model S Long Range mengalami peningkatan sebanyak USD5000 (RM21,000) dan merupakan kenaikan kali kedua untuk Model S.

Laman web Tesla yang dikemaskini menunjukkan harga Model S Long Range kini bermula pada harga USD91,190 (RM385,000) termasuk penambahan kos penghantaran sebanyak USD1,200 (RM5000) berbanding harga sebelumnya USD86,190 (RM364,000).



Ini bukan kali pertama Tesla menaikkan harga Model S. Awalnya Model S dinaikkan sebanyak USD5,000 (RM21,000) namun baru baru ini mengalami peningkatan harga sebanyak USD 10,000 (RM42,000) berbanding sebulan lalu.

Bagaimanapun Tesla belum memaklumkan faktor kenaikan harga Model S. Namun Autoweek menyatakan tindakan itu difahamkan bagi memaksimumkan keuntungan jualan Model S kerana Tesla menjangkakan penjualan akan menurun dengan kedatangan pesaing baharu seperti Mercedes-Benz EQS dan Audi e-tron GT. 

Setakat ini Model S hanya mempunyai dua varian, iaitu Long Range dan flagship Plaid. Varian Long Range mampu bergerak sejauh 651km manakala varian Plaid pula sejauh 560km dengan cas penuh. 

Bagaimanapun permintaan untuk Model S Plaid masih mencukupi kerana belum ada perubahan pada harga berbanding Long Range.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoq

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here