Pelanggan tertinggal plastik hitam, rider Go-Ride terlopong dan menggeletar tengok isi dalam….

2049

Perkhidmatan motosikal e-hailing lebih banyak digunakan di Indonesia kerana praktikal, murah dan pantas. 

Satu kisah rider atau dikenali sebagai tukang ojol di Indonesia ini menarik perhatian warga maya. Semuanya bermula apabila penumpangnya tertinggal barang dan ketika membuka bungkusan tersebut membuatkan rider itu melopong.



Kisah itu diceritakan pengguna akaun Twitter @tama28nda dan kemudian ciapan itu di retweet semula @lambe_ojol.

Penunggang Go-Ride itu menjelaskan bungkusan plastik hitam tertinggal di ruangan simpanan bawah pelana.

“Astagfirullah barang atau plastik penumpang gue ketinggalan di dalem pelana motor gue. 

“Jadi dapat go-ride tadi penumpang nitip barangnya di jok (pelana) motor katanya berharga takut kenapa-kenapa di jalan,” katanya. 

Gambar hiasan

Setelah memeriksa plastik berkenaan rider tersebut terkejut kerana berisi wang puluhan juta rupiah. Dia bingung bagaimana ingin memulangkan semula barang tersebut. 

Bahkan mengakui badannya menggeletar kerana terlalu bimbang dan tidak dapat menemui keberadaan penumpang tersebut. 

“Sampai bergetar ini badan dari ujung kepala sampai kaki megang plastik ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia berjaya memulangkan wang tersebut dan menerima ganjaran Rp500,000 (RM146) sebagai tanda terima kasih. 

Namun, ojol berkenaan hanya mengambil Rp50,000 (RM15) dan memulangkan selebihnya. Kalau rezeki tidak ke mana bahkan selepas memulangkan wang tersebut dia menerima bakul makanan dari pihak Gojek Indonesia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here