[Video] Lumba drag paling rare di dunia libatkan Isuzu Elf, dah macam tonton lumba kura-kura

254

Perlumbaan drag melibatkan kenderaan prestasi mahupun model standard yang dimodifikasi yang saling beradu kelajuan.

Adrenalin penonton akan meningkat sebaik melihat dua kenderaan memulakan perlumbaan dengan Kawalan Launch bagi mempercepatkan kelajuan awal. 

Bagaimanapun satu video perkongsian akaun TikTok @anisriski328108588 ini bakal membuat anda ketawa dan satu-satunya perlumbaan drag luar biasa dan unik.

Perlumbaan anti mainstream itu melibatkan dua van Isuzu Elf yang menjadi pengangkutan pelancongan di Indonesia. 

Sebaik perlumbaan bermula anda boleh melihat kelajuan kedua-dua van yang perlahan di awal pecutan. 

Ternyata kedua-dua van tersebut tidak dapat memecut laju yang dilakukan para peserta drag pada umumnya.

Tidak hairanlah kelajuan seperti ‘siput’ rupanya kedua-dua kenderaan tersebut menggunakan tenaga manusia sepenuhnya.

Menerusi video 29 saat itu menunjukkan beberapa lelaki menolak van tersebut dari belakang sementara pemandu mengendalikan stereng agar tetap bergerak lurus. 

@anisriski328108588

♬ TIKTOK REBORN WOLFGANG – WOLFGANG!!!

Bahkan penonton yang ada di lokasi juga tidak dapat menahan ketawa melihat aksi tersebut. 

Video yang mencuit hati itu mendapat pelbagai respons dari pengguna antaranya: 

“Kirain..nga taunya didorong. Mantap, yang jauh bang.

“Dunia pariwisata sedang senang sana sini.”

“Usul nih. Besok bikin balapan tapi pakai bus, pasti lebih seru.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here