Lotus Store Pertama ada di Pavilion Damansara Heights

54

Lotus Cars terus mengorak langkah mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan Lotus Store yang pertama bertempat di Pavilion Damansara Heights.

Pembukaan ruang pameran Lotus Store di Kuala Lumpur yang berukuran 173.58 meter persegi itu mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Hiper elektrik Lotus Eletre 10 bulan lepas iaitu pada bulan April 2023 yang disambut baik di Malaysia. 



Setakat ini, sebanyak 50 unit diserahkan kepada pembeli dengan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

Konsep seni bina reka bentuk Lotus Store mencerminkan imej korporat global terbaharu Lotus. Ia merangkumi: 

  • Ruang pameran yang menampilkan model Eletre dan Emira.
  • Ruang khas bagi Konfigurator Lotus bagi membolehkan pelanggan menala kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing
  • Ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat. 

 

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Lotus Store ini bertempat di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02. Pelanggan juga akan disambut dengan sebuah skrin LED beresolusi tinggi berukuran 8.4 m² di pintu masuk ruang pameran.

Pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights juga mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024. 

Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

Jenama Lotus diwakili di Malaysia oleh Lotus Karz Sdn Bhd sebagai pengimpot, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan dan alat-alat ganti tunggal. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh KARRUS Automotive iaitu sebuah syarikat pengimpot kenderaan-kenderaan mewah baharu, terpakai dan klasik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here