Proton X90 lancar di Bangladesh, tawar dua varian

62

Proton melancarkan SUV segmen-D, X90 di Bangladesh menerusi tawaran dua varian iaitu Flagship (6-tempat duduk) dan Premium (7-tempat duduk).

Bangladesh merupakan negara eksport keempat memasarkan Proton X90 dan sehingga kini, 25 unit didaftarkan selepas kurang daripada dua minggu pelancaran.



Proton yakin Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta pasaran niche sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata pihaknya yakin Rancon Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Proton berjaya di Bangladesh.

“Mereka sudahpun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan serta akan melabur untuk membina barisan pemasangan kenderaan Proton secara tempatan pada masa depan.

“Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan dan komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama tiga teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Proton X90 menggunakan rangkaian kuasa hibrid 48-volt (MHEV) yang turut digunakan pada Geely Okavango pasaran Filipina.

Ia kemudian dipadankan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo dan unit penghidup generator pacuan tali sawat (BSG) yang menghasilkan kuasa 190PS dan tork 300NM. 

Kuasa hibrid 48V menawarkan sokongan tambahan 13PS dan 45Nm, sekaligus menjadikan ia pilihan kuasa lebih tinggi bahkan jimat bagi SUV tiga barisan kerusi.

Kemudian janakuasa itu dipadankan dengan transmisi dua klac 7-kelajuan. Rangkaian kuasa itu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus berbanding enjin 1.5 TGDi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here