Proton terbuka untuk perbincangan dan bekerjasama rapat dengan PVA atasi masalah pembekal

331

Susulan laporan masalah kewangan yang dihadapi pembekal, Proton menyatakan terbuka untuk perbincangan dengan ahli-ahli Persatuan Vendor Proton (PVA) dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh mereka.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Proton menjelaskan perbincangan secara saksama tidak dapat dilakukan sekiranya vendor yang terlibat tidak mengemukakan bukti yang jelas mengenai isu yang dihadapi.



“Kami menyedari kepentingan menyelesaikan isu ini dengan segera melalui kerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat dan berurusan melalui saluran rasmi untuk menyelesaikannya pada masa yang sesuai.

“Untuk mencapai matlamat ini, kami bekerjasama rapat dengan PVA, wakil rasmi untuk semua 116 vendor Proton, yang kerap mengadakan perbincangan dan inisiatif bersama yang saling menguntungkan.

“Di Proton, kami mewujudkan persekitaran perniagaan yang saksama dan saling menghormati dengan rakan kongsi berdasarkan komitmen syarikat bagi urusan perniagaan yang adil dan kukuh,” katanya. 

Pengedar rasmi kenderaan nasional itu juga menyatakan pihaknya telah lama menggunakan pendekatan dialog secara terbuka dan mengaplikasinya sehingga kini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here