“Saga pengendalian terbaik, aircon sejuk,” netizen Malaysia serbu ruangan komen FB Proton Pakistan

7507

Proton menambah portfolio pasaran antarabangsanya apabila model jualan terlaris syarikat itu, Proton Saga membuat kemunculan sulung di Pakistan sekitar April, 2021.

Setakat ini, terdapat lapan pasaran antarabangsa Proton iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.



Proton Saga di pasaran Pakistan terdiri daripada Saga MT, Saga AT dan Saga Ace AT. Baru-baru ini, akaun rasmi Facebok Proton Pakistan memuatnaik hantaran mempromosikan Saga  sebagai sedan mesra keluarga.

“Proton SAGA pada harga luar biasa PKR 4,099,000 (RM68,241)! Sarat dengan ciri mesra keluarga, penilaian keselamatan NCAP 4-bintang dan pemanduan yang selesa, ini adalah tiket anda untuk pengalaman pemanduan yang luar biasa. Jangan hanya memandu, berkembang maju bersama Proton,” tulis kapsyen hantaran.

Bagaimanapun, ruangan komen hantaran berkenaan mencuri perhatian apabila dipenuhi dengan ulasan positif pemilik Proton Saga Malaysia. Sekaligus membantu mempromosikan sedan segmen-A tersebut di Pakistan.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang meninggalkan komen berpuas hati dengan pengendalian dan talaan suspensi kenderaan Proton. Selain itu, mereka juga memuji prestasi pendingin hawa Proton yang berketahanan tinggi dan kekal sejuk.

Admin Proton Pakistan juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman pemilikan Saga. 

Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen dan pemilik Proton Saga Malaysia:

“Bernilai untuk wang, sangat selesa, bunyi bising dalam kabin sangat senyap dan pengendalian dan absorber terbaik..saya gunakan untuk harian.”

“Proton Saga saya dah guna 10-tahun, tak pernah topup aircond dan kekal sejuk sehingga sekarang.”

“Siapa inginkan kelajuan dengan pengendalian terbaik, Proton pilihan terbaik.”

“Frem badan kukuh dan pengendalian terbaik.”

Proton Saga pasaran Pakistan didatangkan dengan tiga pilihan varian pada harga mula PKR 3,749,000 (RM62,414).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here