Proton Saga jadi model pertama CKD Pakistan diikuti X70

881

Proton memulakan operasi pengeluaran Saga pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Al’Haj Automotive di Karachi, Pakistan.

Kilang bernilai AS20 juta (RM83 juta) tersebut memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit. 



Selain itu, Proton X70 akan menjadi model kedua dipasang di negara tersebut selepas penghantaran terakhir 154 unit import sepenuhnya (CBU) pada 17 Oktober lalu menjadikan jumlah eksport ke Pakistan sebanyak 602 unit.

BACA>>Proton lancar Saga CKD di Pakistan

“Kejayaa Proton Saga di Pakistan merupakan ke­muncak daripada hasil kerja keras dan penat lelah syarikat.

“Berdepan dengan segala ke­sukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami terus berusaha untuk membina kilang baharu dan berkeyakinan untuk mencatat piawaian industri baharu.

“Inisiatif ini akan membo­lehkan syarikat memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh Proton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Hilal Khan Alfridi.

BACA>>Proton jual 10, 380 kenderaan bulan lalu, Saga kekal model popular

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here