Honda Malaysia perkenal CR-V Black Edition, harga RM161k

1582
Honda Malaysia memperkenalkan CR-V Black Edition yang disediakan eksklusif pada varian 1.5L TC-P 2WD.
 
Honda CR-V Black Edition tampil lasak dan garang menerusi kemasan serba hitam yang kemudian dipadankan dengan teknologi keselamatan termaju dan ciri peralatan premium.
 
Dijual pada harga RM161,913.99 seunit, berikut kemasan yang ditawarkan pada Honda CR-V Black Edition:
  • Warna badan Crystal Black Pearl
  • Gril depan hitam baharu dengan lampu depan signatur LED Honda
  • Kemasan hitam pada bampar depan dan belakang
  • Rim aloi 18-inci dengan kemasan rona warna hitam piano kualiti tinggi 
  • Semburan cat hitam piano pada stereng, meter TFT 7-inci dan corong pendingin hawa 
  • Konsol tengah, papan pemuka dan trim pintu dipadankan dengan kemasan kayu hitam 
  • Lapik bumbung kabin dan tempat duduk berwarna hitam 
  • Kerusi depan dipadankan dengan sulaman “Black Edition” pada bahagian penyandar 
 
Honda CR-V dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC turbo yang menghasilkan kuasa of 190hp dan tork 243Nm yang mana lebih berkuasa daripada enjin 2.4 liter bagi menawarkan pecutan terbaik dan mengekalkan kecekapan penggunaan bahan api.  
 
SUV berkenaan didatangkan dengan ciri peralatan inovatif dan terkini seperti penghidup enjin alat kawalan jauh, pintu but elektrik buka sendiri (boleh buka-tutup dengan pergerakan mudah bawah pintu but), ruangan kargo yang luas serta Honda Sensing. 
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here