Honda CR-V Mugen ini versi paling sporti anda boleh beli, hanya 300 unit

1878

Selepas Honda CR-V Mugen ditayangkan di pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS18), Honda Malaysia akhirnya menawarkan edisi itu ke pasaran.

Hanya terdapat dalam varian 1.5 Turbo 2WD iaitu varian tertinggi, 300 unit sahaja Honda CR-V Mugen ini akan dihasilkan.



Mugen yang bermaksud “tiada batasan” sangat terkenal di kalangan peminat Honda di Malaysia kerana ia menggambarkan jiwa muda dan sporti serta gaya menyerlah pada model-model Honda.

CR-V Mugen lebih menyerlah dengan spoiler depan, kemasan gril, kemasan tepi, spoiler belakang bawah, sayap di belakang atas dan lencana Mugen.

Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu White Orchid Pearl yang berharga RM153,300 dan buat pertama kali untuk CR-V, Passion Red Pearl yang berharga RM152,900.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here