Daihatsu anjur program latihan keselamatan pemanduan

215

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd (BMSB) melancarkan Program Latihan Keselamatan Pemandu untuk menangani keselamatan jalan raya di Malaysia dan memupuk cara pemanduan selamat.

Progam itu diadakan khas untuk pelanggan Daihatsu melalui program Daihatsu Business Fleet Program yang dilancarkan baru-baru ini. Ia memberikan sokongan servis optima untuk kenderaan Daihatsu mereka.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Yamato Transport Sdn Bhd itu turut memperkukuhkan kebolehan kedua-dua pihak dari Jepun dan Malaysia.

Ia menampilkan Driving Aptitude Test (DAT) yang menilai personaliti, pemanduan selamat, pengenalan bahaya, anggaran kelajuan, reaksi dan operasi stereng.

Program sepanjang hari itu dijalankan di Hino Total Support Customer Centre (HTSCC) di Sendayan, Negeri Sembilan. Di sini, fasiliti litar yang dinaik-taraf membolehkan latihan bertaraf profesional dibuat dalam persekitaran yang selamat.

Terdapat kelas teori, rutin pemeriksaan kenderaan serta latihan litar praktikal.

Komen anda mungkin membantu