Business Fleet Program khas untuk pengguna Daihatsu Gran Max

2354

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd (DMSB) memperkenalkan Daihatsu Business Fleet Program untuk memberikan solusi dan khidmat selepas jualan inovatif kepada pelanggan Gran Max.

Program yang dilancarkan di Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2019 itu adalah unik kepada pasaran Malaysia.



Pengarah urusan Daihatsu Malaysia, Arman Mahadi berkata, “Program ini memberikan fokus kepada khidmat automotif untuk memenuhi keperluan kenderaan fleet dengan lebih baik. Dengan berkembangnya syarikat rangkaian pengangkutan dan penghantaran, matlamat kami adalah untuk memacu nilai melalui inovasi dengan menjadi syarikat fleet pilihan utama.”

Antara komponen yang dipamerkan di booth Daihatsu.

Faedah program ini antaranya ialah insentif jualan dan perkhidmatan, kontrak servis penyelenggaraan, program latihan keselamatan pemandu dan khidmat tuntutan insurans dan baikpulih.

Kenderaan Rewilding Roadshow ini ialah hasil kerjasama Daihatsu Malaysia dengan Free Tree Society untuk menggalakkan penjagaan alam sekitar dan penghijauan semula.

Tamabah itu, Daihatsu Mobile Service ialah kenderaan khas tugas pembaikian tepi-jalan untuk pelanggan fleet Daihatsu tanpa caj tambahan.

Sebuah Gran Max yang diubah menjadi klinik mudah-alih oleh Columbia Asia Hospital. Ia menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma sepanjang tiga hari ekspo.

Turut termasuk di bawah program ini ialah servis jaminan tambahan sehingga 5-tahun atau 100,000km untuk perlindungan lebih baik.

Program ini akan mula ditawarkan kepada pelanggan baharu Daihatsu Gran Max bermula minggu pertama Ogos ini. Pelanggan sedia ada Gran Max juga akan ditawarkan dengan program ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here