Utama Berita Automotif JAC Auto Malaysia perkenal trak ringan N90, harga mula RM118k

JAC Auto Malaysia perkenal trak ringan N90, harga mula RM118k

6

JAC Auto (Malaysia) Sdn Bhd rasmi memperkenalkan trak tugasan ringan JAC N90 serba baharu yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan logistik dan pengangkutan moden.

Ia didatangkan dengan sistem keselamatan canggih, prestasi yang diyakini serta cekap kos pemilikan yang sesuai untuk operasi penghantaran kawasan pinggir bandar, kerja-kerja pembinaan serta pengangkutan jarak jauh dengan
kekerapan tinggi.

Menurut Pengurus Besar JAC International, Oscar Yu, JAC Motors merupakan sebuah syarikat penting yang sedang berkembang pesat dalam segmen trak komersial di peringkat global.

Syarikat ini secara konsisten telah menjadi pengeksport utama bagi trak tugasan ringan kelas pertengahan hingga tinggi dari China selama bertahun-tahun.

“Melalui kerjasama dengan peneraju global seperti Volkswagen, Cummins dan Huawei, kami terus memperkukuh keupayaan inovasi, kejuruteraan serta pengilangan,” tambah Yu.

Berikut informasi ringkas JAC N90 serba baharu :

  • Dibangunkan dengan Gross Vehicle Mass (GVM) 7.5 tan, N90 memberikan prestasi dan ketahanan tinggi untuk menyokong pelbagai aplikasi komersial.
  • Ia menawarkan kepelbagaian konfigurasi dengan pilihan jarak roda antara 3,365 mm hingga 4,800 mm, sekali gus membolehkan pengendali menyesuaikan kenderaan untuk pelbagai jenis badan termasuk kotak kargo, unit peti sejuk, badan binaan serta untuk kegunaan komersial khusus yang lain.
  • N90 menampilkan konfigurasi “penjana kuasa emas” yang telah terbukti dalam segmen tugasan ringan hingga sederhana. Enjin Cummins B4.5 (Euro 5) digandingkan dengan transmisi Eaton-Fuller ESO-6106A.
  • Enjin yang dibangunkan bersama oleh JAC Motors dan Cummins itu mematuhi piawaian pelepasan Euro 5 dengan output kuasa 118 kW @ 2,300rpm dan tork puncak 540Nm @ 1,100rpm hingga 1,800rpm. Ia menghantar prestasi kuasa yang cemerlang dengan kecekapan bahan api lebih baik.
  • Pada kelajuan lebuhraya 80–90kmj, enjin akan beroperasi dalam julat optimum antara 1,200 rpm–1,600 rpm, sekali gus menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api sekitar tiga hingga lima peratus berbanding transmisi pacuan terus.
  • Kabin dilengkapi dengan tempat duduk bersama suspensi udara, perehat lengan boleh laras dan skrin sentuh multimedia 10.4-inci dan kluster instrumen LCD.
  • N90 turut dilengkapi sistem keselamatan aktif pintar seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Aturan Gelincir Pecutan (ASR), Bantuan Mula Mendaki (HAS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) untuk meningkatkan
    kestabilan serta keselamatan pemanduan dalam pelbagai keadaan jalan raya.

JAC N90 serba baharu tersedia di semua pengedar sah seluruh negara pada harga RM118,000 (casis kosong). Ia didatangkan dengan jaminan 6-tahun atau 300,000km (yang mana terdahulu).

Pelanggan juga akan mendapat manfaat daripada program servis 10,000km percuma yang akan menjimatkan lagi kos pemilikan dan penyelenggaraan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here