MOTO GUZZI V85TT Untuk Jalanraya dan Offroad

2119

Mungkin ini model terkini yang di bawa masuk ke negara kita versi dual iaitu untuk jalanraya dan off road. Giliran Moto Guzzi pula memperkenalkan produk mereka yaitu Moto Guzzi V85TT kepada pencinta motosikal Adventure di Malaysia.

Moto Guzzi V85TT. Sebuah model Adventure V85 TT membangkitkan suasana legenda Paris-Dakar. Gaya klasik moden membuatkan V85TT sempurna untuk mengharungi pelbagai bentuk permukaan jalan.



Model yang direka untuk keseronokan. Enjin berkembar V, di sejukkan dengan udara serta pengedaran OHV dan dua injap setiap silinder. Kapasiti 853cc dan penggunaan bahan seperti titanium.

Kawalan Cruise di hujung jari anda. Mudah menunggang V85 TT juga meluas ke panel perjalanan instrumen.Sistem Kawalan Cruise dapat diaktifkan dengan mudah diakses dengan satu butang yang juga membolehkan anda mengurangkan atau meningkatkan kelajuan.

Mengekalkan kelajuan yang berterusan di lebuh raya yang panjang bukanlah senang, namun dengan sistem cruise ini menjadi lebih mudah, jadi anda hanya perlu tumpukan pada jalanraya sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Kepada peminat versi Adventure, jangan lepaskan peluang untuk melihat lebih dekat Model Moto Guzzi V85TT nanti. Pilihan di tangan anda, Nantikan kehadirannya di negara kita sedikit masa lagi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here