Mahasiswa ambil peluang asah bakat pertandingan pemasaran Proton X70

1560

 Pengalaman mungkin sesuatu perkara berharga namun tidak dinafikan idea hebat sering dicurahkan oleh pemikiran muda dan bersemangat. Dengan itu, Proton telah memulakan usaha mencari mahasiswa dari seluruh negara yang mempunyai ciri kempimpinan dan kreativiti untuk menyertai pertandingan pemasaran Proton X70.

Pertandingan yang dinamakan Intelligence that Inspires Challenge atau “Pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi” itu mengambil motto dari SUV X70 iaitu Intelligence that Inspires.



Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini telah bermula pada bulan April dan akan berlangsung sehingga akhir bulan Julai.

Ia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Pusingan Penyingkiran, Separuh Akhir dan Pusingan Akhir.

Sebanyak 51 kumpulan dari 20 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia telah mendaftar menyertai pertandingan pertandingan pemasaran Proton X70 ini.

Tahap Pertama memerlukan peserta merangka pelan pemasaran untuk PROTON bagi mengekalkan kedudukan Proton X70 sebagai SUV terbaik Malaysia, serta bagaimana PROTON boleh mewujudkan aktiviti melibatkan orang ramai yang lebih baik.

Daripada 51 kumpulan yang bertanding, hanya 19 kumpulan dipilih untuk ke peringkat kedua. Segala usaha kemudiannya dilakukan untuk memastikan mereka dapat melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 23 Julai bertempat di Pusat Kecemerlangan PROTON di Shah Alam di mana para peserta akan dihakimi oleh panel pakar, termasuklah pakar terkemuka dalam bidang pemasaran.

Untuk merebut gelaran juara, para peserta perlu merancang dan menggerakkan kempen mereka untuk Proton X70 di bandar di mana terletaknya universiti mereka, serta menganjurkan dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan secara menyeluruh di bandar dan/atau daerah masing-masing.

Melalui program ini, Syarikat dan para peserta akan bekerjasama untuk berbakti kepada komuniti dan komited untuk meningkatkan kualiti hidup di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here