MPV Hyundai Staria Premium lancar di Malaysia, harga RM359k

3109

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan MPV Staria Premium ke pasaran Malaysia.

Model generasi baharu itu bukan sahaja jauh lebih besar dari Hyundai Starex, malah ia menampilkan rekaan yang begitu futuristik kemudian dipadankan dengan enjin 2.2L Turbodiesel CRDi. 



Janakuasa tersebut menghasilkan kuasa 177PS dan tork 431Nm. Staria diasaskan dari platform generasi baharu N3 Hyundai seperti SUV Hyundai Santa Fe dan trak pikap Hyundai Santa Cruz.

BACA>>Pelancaran Hyundai Staria di Malaysia semakin dekat, tempahan kini dibuka

Dari segi dimensi, Staria didatangkan dengan panjang 5,253 mm, lebar (1,997mm) dan tinggi (1,990mm) dan jarak antara roda (3,273mm) serta ruang but sebesar 5,000 liter.

Pasaran Malaysia ini, pelanggan boleh memilih serlahan berwarna tembaga atau kelabu gelap pada emblem, gril, bezel lampu utama, bampar, rim, cermin sisi dan pembuka pintu.

Ia diberikan tingkap sisi yang cukup besar, manakala pada permukaan sisi tidak diganggu dengan sebarang garisan lain yang menyerlahkan rupa ringkas dan bersih. Model Premium ini juga dipadankan dengan rim aloi 18-inci dua tona warna.

Ruangan kabin menampilkan konfigurasi tujuh tempat duduk yang diinspirasikan dari kapal persiaran. Untuk pemandu, paparan meter digital disediakan dalam bentuk skrin 10.25-inci.

Hyundai Staria dijual pada harga:

  • RM358,888 dengan jaminan dua tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu)
  • RM368,888 dengan jaminan lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) bersama pakej servis percuma tiga-tahun atau 50,000km.

BACA>>UMW Toyota tayang teaser Corolla Cross Hybrid, bakal lancar tidak lama lagi?

BACA>>Lexus ES 250 versi naik taraf kini di pasaran, harga mula RM295k

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here