UMW Toyota tayang teaser Corolla Cross Hybrid, bakal lancar tidak lama lagi?

1079

UMW Toyota Motor memuatnaik sekeping imej bahagian lampu depan sebuah model yang bakal lancar ke pasaran tempatan.

Hantaran Facebook dengan kapsyen A brighter future is on the horizon (masa depan lebih cerah kini di horizon) itu dipercayai merupakan model Corolla Cross Hybrid. 



Imej teaser itu menampilkan lampu depan dengan kemasan biru di bawahnya yang menjadi petunjuk ia adalah versi hibrid.

Bagaimanapun tarikh pelancaran tidak diketahui namun pelanggan yang berminat bolehla mendaftarkan diri pada pautan yang disediakan bagi menerima maklumat tentang model tersebut.

BACA>>Toyota Corolla Cross dilancar, TNGA, 1.8-liter dan CVT, dari RM124k

Sebelum ini, UMW Toyota melancarkan Corolla Cros sekitar Mac lalu menerusi tawaran enjin 1.8 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan kuasa 139PS dan tork 172Nm bersama transmisi CVT.

Corolla Cross Hybrid pula dilengkapi enjin 1.8 liter kitaran Atkinson empat-silinder petrol (98PS/142Nm) dan motor elektrik (72PS/163Nm) yang mana output keseluruhannya adalah 122 PS.

Kuasa disalurkan ke roda depan menerusi e-CVT. Sementara, Corolla Cross Hybrid sudah mula dijual di Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here