Pemandu lori melanggar lebih 10 buah kereta, tiada tuntutan ganti rugi boleh dibuat

8005

Tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden membabitkan sebuah lori melanggar lebih 10 buah kereta di Kompleks E, Putrajaya.

Sepuluh pemilik kereta yang terbabit dalam kejadian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, susulan pelbagai kerosakan dialami termasuk kesan calar serta patah cermin sisi. 



Bagaimanapun, pihak polis telah mengesahkan pemandu lori yang terbabit berjaya dikesan dan kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, lokasi kejadian digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

Maka tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat. Justeru itu, polis juga  akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan dan boleh mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak patuh.

VIDEO

BACA>>Twerk tengah jalan sesak, wanita ini tampar penutup minyak Mercedes hingga tertanggal gara-gara kaki kena langgar tayar

BACA>>[Video] Padah double park Honda HR-V langgar sisi belakang Axia

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here