HLYM perkenal 5000 unit Yamaha Y16ZR Edisi Doxou, sijil disediakan

2331

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Y16ZR Edisi Doxou yang dikeluarkan dalam unit terhad sebanyak 5,000 unit.

Harga jualan supermoped berkenaan ialah RM11,688 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran) dan sudahpun berada di pusat jualan bermula semalam.



Edisi Doxou ini menampilkan rekaan grafik dengan gabungan warna merah/biru pada badan hitam. Sementara, rim juga dibekalkan dengan pilihan warna berbeza yang mana depan menerima kemasan biru dan merah di belakang.

Setiap model didatangkan dengan set hadiah istimewa iaitu sijil penghargaan, visor angin eksklusif dengan skru warna khas serta lencana Edisi Terhad Doxou, serta kunci mangga brek cakera. 

BACA>>Suzuki Malaysia bakal lancar motor sesaran kecil awal suku 2022 termasuk Belang

Mekanikal masih sama menggunakan enjin 155cc silinder tunggal penyejukan cecair VVT yang menghasilkan kuasa 18hp @ 9,500rpm dan 14.4Nm @ 8,000rpm.

HLYM turut melancarkan produk fesyen Doxou yang boleh didapati di GENBLUE Online Shop.

BACA>>Yamaha Y16ZR (2021) vs Y15ZR (2020) – Perbandingan dua motosikal Y-Series

GALERI
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here