Morgan Stanley: Elon Musk bakal jadi trillionaire pertama dunia dengan SpaceX

1464

Elon Musk, individu terkaya dunia dengan nilai kekayaan anggaran AS241bn (RM1,003 bilion) boleh menjadi trillionaire pertama dunia. 

Penganalisis di bank pelaburan, Morgan Stanley menyatakan Musk yang membina empayar menerusi syarikat kereta elektrik Tesla boleh menjana lebih banyak lagi wang menerusi eksplorasi angkasa lepas SpaceX. 



“Lebih seorang klien memberitahu kami sekiranya Elon Musk menjadi trillionaire pertama, bukan disebabkan Tesla.  Tetapi kerana SpaceX yang merupakan syarikat paling bernilai tinggi di dunia mengatasi semua industri,” katanya.

BACA>>Prototaip roket SpaceX terhempas dan meletup semasa ujian penerbangan

Tambahnya, roket boleh guna semula Starship milik SpaceX yang membawa manusia dan kargo ke bulan dan planet Marikh berpotensi mengubah harapan pelabur dalam industri angkasa.

“Seperti mana dikatakan oleh seorang klien ini, bercakap tentang angkasa lepas sebelum Starship seperti bercakap tentang internet sebelum Google,” jelasnya. 

Space X bernilai AS$100 bilion (RM415 bilion) dalam penjualan saham sekunder bulan ini, sekali gus menjadikan syarikat swasta terbesar kedua di dunia di belakang syarikat internet, ByteDance. Musk memiliki saham SpaceX sekitar 48 peratus.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here