Elon Musk perlu ambil semula ujian aptitud komputer pada umur 17 tahun kerana skor terlalu tinggi

2065

Elon Musk semasa berumur 17 tahun pernah diminta untuk mengambil semula ujian aptitud komputer walaupun dia memperoleh skor ‘A+’.

Alasan di sebalik perkara ini mengagumkan netizen. Pemilik Tesla dan pengasas program Space X itu diminta berbuat demikian kerana pemeriksa ujian itu berkata tiada orang pernah mendapat skor setinggi itu.

Perkara itu dikongsi oleh ibunya, Maye Musk dalam satu tweet pada Rabu, 3 Mac.



“Seingat saya, mereka terpaksa uji kamu semula kerana mereka tidak pernah melihat skor begitu tinggi sebelum itu. Patutlah kamu menjadi jurutera yang hebat. #ProudMom,” tulisnya.

Maye Musk turut berkongsi gambar kad skor ujian komputer tersebut dalam tweet itu.

Kad skor itu menunjukkan tahun 1989 dari University of Pretoria di Afrika Selatan, tempat pengajian Elon semasa beliau berusia 17 tahun.

“Saya telah memohon ISM (SA) untuk menjalankan ujian aptitud terhadap Elon Musk berkenaan pengaturcaraan komputer (computer programming). Keputusannya menakjubkan,” tulis dokumen itu yang menunjukkan Elon Musk memperoleh skor ‘A+’ dalam Operating dan Programming.

Rata-rata netizen yang memberi komen dan maklumbalas di tweet itu menunjukkan rasa kagum mereka terhadap kebijaksanaan jutawan itu pada usia muda.

Patutlah macam-macam rekaan, idea dan projek gempak dihasilkannya, kecil-kecil lagi otak dah bergeliga!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here