LIMA’21 kekal dibatalkan – Ismail Sabri

1054

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2021 (LIMA’21) kekal dibatalkan tahun ini walaupun ada permintaan untuk ia dilaksanakan secara maya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, pihaknya menerima banyak cadangan untuk melaksanakan penganjuran LIMA’21 yang sebelum ini sudah dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19 termasuklah untuk diadakan secara maya. LIMA seterusnya akan diadakan pada 2023.



“Keputusan untuk mengadakan pameran LIMA pada 2023 masih lagi dikekalkan dan tiada perubahan setakat ini.

“Selain itu, ramai orang menganggap pada 2023 itu, (pemberian) vaksin Covid-19 di seluruh dunia sudah selesai.

“Kita pun berkemungkinan semua sudah dapat vaksin waktu itu (2023) maka peluang membuka (penyertaan LIMA) itu lebih besar untuk dilaksanakan,” katanya.

Ismail Sabri berpendapat sekiranya vaksin Covid-19 sudah diterima pada tahun 2023 maka tiada masalah untuk mengadakan pameran itu secara fizikal.

Pameran LIMA’21 sepatutnya diadakan pada 16 hingga 20 Mac tahun ini.

AS365 N3 milik APMM. Imej: Airbus Helicopters

Ia terpaksa dibatalkan berikutan Covid-19 yang melanda dunia ketika ini memberikan impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.  Wabak ini juga dilihat masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan penganjuran pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA), beliau berkata, DSA mungkin dapat diadakan tahun depan.

Pameran DSA dijadualkan berlangsung antara 28 hingga 31 Mac 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here