Porsche Taycan Cross Turismo 2021 – EV untuk mereka yang berjiwa lasak!

1667

Anda pasti tahu mengenai Porsche Taycan, sedan sports elektrik (EV) dengan prestasi yang mampu mencabar Tesla Model S.

Kini, Porsche melancarkan pula Taycan Cross Turismo, satu versi baharu dengan penampilan crossover/wagon lebih rugged, sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti luar (outdoor) dan lasak.



Ia dibina berasaskan konsep Mission E Cross Turismo yang mula dipertontonkan pada Geneva International Motor Show 2018.

Berbanding Taycan biasa, varian Cross Turismo membawakan trim pada gerbang roda, bampar depan, belakang dan sisi unik. Dengan pakej Off-Road Design, ia juga mendapat flap khas pada bucu bampar depan dan belakang.

Juga unik untuk Taycan Cross Turismo, ia ditemani dengan aksesori eBike Sport dan eBike Cross iaitu dua basikal khas yang padan dengan kereta ini. Satu lagi aksesori ialah high speed roof box, sesuai untuk dipandu sehingga 200km/j.

Rekaan kabinnya hampir serupa dengan Taycan sedan, iaitu bahagian atas berbentuk sayap serta paparan infotainment 10.9-inci di tengah. Terdapat juga kompas di atas papan pemuka dari pakej Off-Road Design.

Sebagai sebuah EV berprestasi tinggi, Porsche Taycan Cross Turismo dipacu oleh sistem dua motor elektrik, satu di gandar depan, satu lagi di belakang. Kedua-dua motor ini bekerja serentak bersama dengan transmisi dua-kelajuan.

Bergantung kepada varian, berikut adalah perincian spesifikasi dan prestasinya:

  • Taycan 4 Cross Turismo: 380hp, 476hp dengan Overboost, 0-100 dalam 5.1 saat, kelajuan maksima 220km/j, jarak WLTP 389-456km
  • Taycan 4S Cross Turismo: 490hp, 571hp dengan Overboost, 0-100 dalam 4.1 saat, kelajuan maksima 240km/j, jarak WLTP 388-452km
  • Taycan Turbo Cross Turismo: 625hp, 680hp dengan Overboost, 0-100 dalam 2.9 saat, kelajuan maksima 250km/j, jarak WLTP 395-452km
  • Taycan Turbo S Cross Turismo: 625hp, 761hp dengan Overboost, 0-100 dalam 2.9 saat, kelajuan maksima 250km/j, jarak WLTP 388-419km

Kuasa dibekalkan oleh pek bateri 800 volt, dimana Performance Battery Plus mengandungi 396 sel kesemuanya, memberikan kapasiti 93.4kWh.

Seperti juga model-model Porsche lain, Taycan Cross Turismo dilengkapi teknologi casis canggih untuk kawalan terbaik dalam semua pemanduan.

Antaranya adalah Porsche 4D Chassis Control, PASM (Porsche Active Suspension Management), penyerap hentak elektronik, dan suspensi Smartlift untuk meninggikan kenderaan melepasi laluan-laluan curam.

Baharu pada Taycan Cross Turismo ialah mod pemanduan Gravel, dimana ia menambah ketinggian kereta sebanyak 30mm untuk pemanduan di jalan tidak rata.

Dalam mod ini juga, sistem seperti PASM, PTM (Porsche Traction Management), PTV+ (Porsche Torque Vectoring Plus) dan PSM (Porsche Stability Management) akan ditala khas untuk pemanduan off-road.

Porsche Taycan Cross Turismo akan dilancarkan di pasaran pada musim panas nanti. Dijangka juga lima pasaran terbesar model ini adalah AS, UK, Norway, Belanda dan Jerman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here