[Video] Padah ‘double park’, Honda HR-V langgar sisi belakang Axia

2837

Ingin mudah, cepat dan perkataan paling sesuai adalah penting diri, seseorang itu hanya perlu double park kenderaan mereka daripada bersusah payah  mencari ruangan parkir kosong. 

Bagaimanapun tindakan ini sebenarnya menyusahkan pengguna lain, seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini di medan selera Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. 



Menerusi perkongsian video 25 saat yang tular di laman sosial TikTok itu menunjukkan pemandu Honda HR-V melanggar bahagian sisi belakang Perodua Axia yang double park. Tindakan itu menyebabkan urusan keluar parkir sedikit sukar kerana ruangan terhad. 

Sedar dengan situasi tersebut, Perodua Axia berkenaan segera mengalihkan kenderaannya dan mujur hentaman tersebut tidak meninggalkan kesan lekuk pada bahagian sisi kereta kompak berkenaan. 

Kebanyakan netizen mengecam sikap pemandu Axia  yang menyusahkan pengguna lain. Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 48(1) kenderaan ‘double park’ boleh ditunda dan pemandunya akan didenda sebanyak RM300.

Difahamkan, medan selera tersebut menjadi tumpuan orang ramai sehingga tempat meletakkan kenderaan menjadi terhad dan pengguna meletakkan kenderaan secara double park mahupun parkir di bahu jalan utama.

Malah, ada yang berpengalaman terpaksa menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk menunda kenderaan lain yang menghalang jalan hampir 30 minit sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. 

BACA>> Netizen puji skil pemilik Vellfire parkir dalam ruangan sempit

BACA>>Maki kereta sebelah, netizen salahkan pemilik Lamborghini tak pandai parkir

@miaayuslix

Entah lah tak tahu nak cakap apa 😮‍💨.. kesian kat makcik tu

♬ as usual – Official Sound Studio

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here