Netizen puji skil pemilik Vellfire parkir dalam ruangan sempit

2321

Masalah kurangnya ruangan parkir di kawasan perumahan boleh mengganggu kesejahteraan penduduk.

Tambahan apabila ada sebilangan penduduk yang memanfaatkan bahu jalan untuk meletakkan kenderaan mereka sehingga menyusahkan kenderaan lain untuk lalu apa lagi jika ruangan tersebut sempit.



Itu tidak kira lagi jika ada jiran yang berhati kering meletakkan kenderaan di depan pagar rumah anda.

Hidup berjiran perlu ada tolak ansur dan cara pemilik ini memakir MPV besarnya perlu dijadikan contoh. 

Menerusi video akaun TikTok @wawaninterview1881 menunjukkan pemilik Toyota Vellfire tersebut meletakkan kereta dalam ruangan parkir yang terhad di depan rumahnya. 

Boleh dilihat kedudukan Vellfire itu begitu rapat dengan tiang pagar rumahnya dengan hanya jarak 10cm (belakang) dan 5cm (depan). 

Juara tikungan tenan iki,” jelas perakam video.

@wawaninterview1881

#juara

♬ DJ Salah Apa Aku – 15 SEPTEMBER ULTAH🗿

MPV mewah itu diparkir di rumah teres yang kedudukannya tidak jauh daripada jalan. Dengan posisi parkir seperti itu, pemandu MPV tersebut memiliki kemampuan pengendalian yang baik.

Bahkan, pemilik juga bertimbang rasa yang mana meletakkan kenderaan dalam rumah agar tidak menghalang lalu lintas jalan.

Video berkenaan mendapatkan respons pelbagai daripada netizen antaranya:

“Ini yang namanya tetangga pro dan bijak sadar diri. Walaupun punya mobil mewah tapi jalanan adalah punya umum.”

“Bagus cara parkirnya. Tidak mengganggu jalan orang lain. Kalau orang malas pasti parkir pinggir jalan.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here