Sakit hati jalan berlubang teruk, lelaki ini tanam pokok pisang

498

Sakit hati dengan keadaan jalan yang teruk, seorang lelaki bertindak menanam sebatang pokok pisang di laluan jalan berlubang di Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Tindakannya itu bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Bryan Raymond yang merupakan pemilik Progress and Pride Fitness Group berkata dia mendapat idea berkenaan selepas berulang kali menampal jalan berlubang dengan simen.

Oleh kerana Honda Drive merupakan laluan persendirian jadi penyelenggaraan di bawah pengurusan pemilik premis sekitar bukannya pihak berkuasa tempatan. 

Menurut Raymond pokok pisang itu akan menarik perhatian pengguna selain menghindari daripada berlakunya sebarang kecelakaan.

Jom Baca:   Hummer H2 terbakar di Tol Seafield, pemandu dan penumpang berjaya selamatkan diri

“Jika kita harus lakukan penyelenggaraan dan memastikan tidak ada yang cedera, kita akan meletakkan sesuatu yang mudah dilhat agar tidak ada yang masuk ke dalam lubang,” kata Raymond kepada stesen televisyen WBBH.

Untuk beberapa waktu, kamera litar tertutup (CCTV) Raymond merakamkan beberapa insiden di sepanjang jalan tersebut termasuk kereta rosak akibat terlanggar lubang dan air banjir yang menghanyutkan tong sampahnya. 

Kebanyakan penduduk setuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Raymond ada antara mereka yang menganggap lucu namun berjaya menyampaikan mesej. 

Bahkan ada juga yang menghentikan kereta di bahu jalan seolah tidak percaya melihat sebatang pokok di tengah jalan. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

Jom Baca:   Menteri: Tukar Perdana ke Vellfire setelah ambil kira kos sewa bulanan lebih rendah

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here