Azizulhasni bergambar dengan Ford GT, timbul spekulasi hadiah pemberian TMJ

1797

Baru baru ini Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerima mengadap Azizulhasni Awang bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik (2020) di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Bagaimanapun, bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini tidak didedahkan sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat sukan tanah air.



Namun, gara gara Azizulhasni yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ bergambar bersama Ford GT milik TMJ telah mencetuskan spekulasi. 

Malah ada yang membuat andaian TMJ menghadiahkan sebuah supercar kepada Azizulhasni. Pada masa sama ada yang menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya.

“Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” tulis Azizulhasni.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya, hanya menyatakan rasa terharu dan berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ, malah dia juga tidak mendedahkan bentuk ganjaran yang diterima.

Bagaimanapun mengenai spekulasi yang bermain di media sosial berkaitan hadiah peribadi dari TMJ itu tidak dapat diketahui sehingga kini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here