TMJ pandu Ford GT livery 68 Le Mans bertemu Azizulhasni

28264

Pertemuan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik perhatian peminat automotif apabila tiba dengan sebuah model Ford GT.

TMJ terima mengadap Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada 7 September lalu di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik (2020).



Ford GT milik Tunku Ismail tersebut dipadankan dengan warna seragam biru, merah dan putih iaitu seragam 68 Le Mans 2016. Menariknya padanan warna itu sama seperti warna bendera Johor.

Sebenarnya, Tunku Ismail pernah berkongsi imej bersama Ford GT berkenaan di laman Instagram miliknya sekitar lapan bulan lalu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor)

Jentera tiga tona itu tertera angka 68 di depan cermin depan dan fender sisi selain perkataan GT pada kedua-dua pintu.

Tidak seperti generasi sebelumnya, Ford GT baharu dilengkapi dengan enjin 3.5-liter V6 twin-turbo yang mampu menjana kuasa 660hp dan tork 756Nm.

Kemudian supercar itu dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 7-kelajuan yang mana pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 347kmj.

Difahamkan TMJ memiliki dua unit Ford GT baharu dengan warna badan berbeza yang mana sebuah lagi menggunakan seragam Martini Racing. 

Di samping itu, sekitar Mei lalu juga tular di media sosial apabila seorang individu terserempak Ford GT40 dengan plat pendaftaran GT40 di sebuah stesen minyak Shell di Johor Bahru.

Foto itu tular hingga mendapat perhatian Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman yang kemudian mengesahkan supercar berwarna biru itu adalah miliknya.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here