Ronaldo pandu Lamborghini Urus pada hari pertama latihan MU

2045

Cristiano Ronaldo, 36 membuat kejutan pada hari terakhir jendela perpindahan apabila memilih untuk kembali semula ke Old Trafford  dari Juventus dengan bayaran pound sterling 12 juta (RM69 juta).

Ronaldo yang tiba awal di Manchester setelah dilepaskan daripada tugasan antarabangsa bersama Portugal bagi persiapan kelayakan Piala Dunia 2022 dan terbaharu dilihat muncul dalam sesi latihan pertama Manchester United.



Ronaldo hadir penuh bergaya memandu SUV mewah Lamborghini Urus bernilai pound sterling 170,000 (RM972,000). Malah sempat menunjukkan isyarat tanda bagus kepada puluhan jurugambar yang menunggu di luar pusat latihan kelab di Carrington.

Namun difahamkan Ronaldo terpaksa akur apabila terlepas untuk membuat penampilan pertama menentang Newcastle United di Old Trafford kerana kesuntukan masa. Bagaimanapun dia akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu kelab Switzerland, Young Boys, Rabu depan.

Dia juga berharap dapat menyempurnakan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk meraih kejayaan di Liga Perdana musim ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here