HLYM tawar tiga warna baharu MT-15 (2021)

1276

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu bagi model MT-15 (2021).

Pilihan warna biru, hitam dan kelabu itu menggantikan warna Yamaha Blue dan Ice Fluo sedia ada. 



HLYM hanya menawarkan pilihan warna baharu dan spesifikasi mekanikal masih kekal sama.

Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin 155cc sOHC yang menghasilkan kuasa 19.3hp @ 10,000rpm dan tork  14.7Nm @ 8,500rpm bersama kotak gear 6-kelajuan.

Janakuasa berkenaan turut dipadankan dengan ciri klac Assist & Slipper. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) di depan dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Buat masa ini HLYM tidak mengumumkan harga model tersebut dan masih tiada maklumat rasmi berlaku kenaikan harga atau tidak. Bagaimanapun seperti anda sedia maklum, apabila tiba di pusat jualan harga pengenalan asas akan berubah. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here